penapis air coway di tempat awam.Tips dan langkah berjaga-jaga

by - June 21, 2020

Sekarang bagaikan satu "trend" semasa ada kedai makan mahupun restoran mewah,klinik mahupun hospital mahupun ruang spa hatta ruang membaca seperti perpustakaan awam,machine penapis air disediakan.Pelbagai jenama dan setiap kali ada coway saya senyum selaku pengguna juga sebahagian darinya.Ya,coway itu bagaikan sebuah cinta.Sesibuk mana pun ia,tetap coway itu dalam ingatan.Kerana tingginya rasa kebersamaan dalam sebuah perjalanan menambah pendapatan.

Saya itu tidak tahu meninggalkan,sekali sudah guna.Sekali sudah tahu bagaimana hebatnya menjadi sebahagian didalamnya.Apajua saya lakukan,cinta itu tidak pernah saya buang-Cinta Coway,persis cinta pertama.Ia senyap,tapi wujud.Ia tenggelam tapi tidak melupakan.

Disaat orang lain terbang tinggi,ia tetap berdiri di bawah bertepuk tangan tanda meraikan.Kerana cintanya,ia tersenyum walaupun terasa jauh dan kerdil.Bukankah cinta itu akan buat kita setia,tak berbunyi tapi dia wujud dan ada.DEK CINTA coway itu,berpusing-pusing dia keutara dan selatan,tetap group dia tak pernah tinggalkan kerana disitu wujudnya kebersamaan dan semangat setia kawan.

Walaupun ia sepi namun ada rindu yang tidak diungkapkan.Kerana cintanya itu indah,bukan kerana dunia semata-mata,namun dek ada yang baik diterimanya ketika bersama.Ada ilmu yang diterimanya.Ada jajanan yang dibekalkan hingga ia mencicip saat-saat membahagiakan.Masakan semudah itu ia melupakan?Ya cinta coway..kita senyap,kita jauh namun tidak sesekali kita melupakan.

Terima kasih sahabat coway,walaupun kadang-kadang kita jarang bertemu,namun kita ambil yang indah dan manis nya sahaja.Usah dihitung sisi gelapnya,kita lihat yang terangnya sahaja.Katakan kepada saya,adakah matahari sentiasa memancar tanpa adanya bulan untuk berkalih mengambil posisi,tidak bukan?Itu sunnatullah dalam setiap yang kelam ada terangnya,begitu jualah sebaliknya.Bila terang kita riuh ,kita bising dan kita berheboh (kerana kita sedang beraktiviti disiang hari)ketika kelam,kita senyap,kita diam kita kaku,k(kerana kita tidur di malam hari)Perumpamaan ini kita menilai sisi terangnya orang,kita ceritakan sebagai pujian.kIta hebohkan,namun jika kita bertemu sisi gelapnya,usah dicanangkan kerana kita ini sedang berpusing roda kehidupan.Usah kita buat kerja Tuhan.

namanya saja kehidupan.Mana ada yang mendatar sahaja,sedangkan lantunan ombak juga berubah ini kan pula  manusia.Sekejap ia membesar membusung dadanya,kadang-kadang ia mengecil hingga tidak mampu membadai walaupun halusnya kerikil.Begitulah..

dilihat pelangi yang jauh itu indah,kita kejar,kita lupa rumput yang dipijak dan berlumpur dek hujan.Sedangkan tidaklah akan wujud pelangi kalau tak kerana gerimis dan hujan hingga melumpurkan hijaunya dedaunan.Terima kasih sebagai tanda keakraban masih terjalinkan,walaupun salam jarang-jarang,namun hati tidak pernah mencari ruang untuk berjalan.Terima kasih tidak lekang untuk diucapkan diatas yang indah-indah yang kita ingatkan.Terima kasih juga sekedar basa-basi jika ada sikit atau banyak ilmu yang ditanam sudah dipergunakan.Terima kasih cinta ku coway!.






Aahhh apa aku merepek ni.Penangan dengar ceramah #tereliye jam 1 pagi.


Image may contain: indoor

Sambung cerita tentang coway di tempat awam ya...

Jadi sebagai pengguna,untuk memastikan air yang kita minum memang betul-betul bersih bukan sahaja ia dikeluarkan dari penapisan air,ada cawan yang bersih ketika menggunakannya namun pastikan kad yan bertampal di machine penapis coway itu ada tercatat nama cody,servis yang telah dibuatnya dan tarikh servis.

Hari ini saya telah menyoal kaunetr bayaran adakah coway yang saya minum air nya diservis kerana kad yang ditampal adalah kelihatan bersih.Saya cuba berfikiran positif,mungkin cody tukar kad baru.Jadi saya terima jawapannya yang mengatakan machine diservice.

Jadi pada anda yang meminum penapis air coway di tempat awam,jangan lupa semak kad servis yang dilekatkan pada machine penapis air coway tersebut.

Selalunya machine yang dibeli secara cash hanya dapat servis percuma dari coway selama setahun.Customer hendaklah sambung yuran m"membership" untuk dapatkan servis setiap 2 bulan berkala tersebut.Jika tidak tiada servis oleh cody.Bila tida servis,berapa yakinkah kita nak minum air coway tu kan?

Kalau kita beli coway secara bayaran ansuran pula,servis percuma selama 5 tahun setiap dua bulan sekali.Lepas tu bolehlah kita tambah servis dengan membership sahaja selepas tahun ke 5.

Bayaran "membership coway" boleh lah ditanyakan berapa dengan cody yang selalu servis. machine anda.Yuran berbeza mengikut model machine anda.Kita boleh pilih nak bayar setahun sekali,6 bulan sekali atau bayar bulanan sahaja.Semua tersedia hanya tinggal isi borang sahaja.

 Jangan minum air jika tarikh servisnya sudah lama,mungkin filter pun tidak ditukar.Servis juga akan tergendala jika pelanggan ada tunggakan bayaran.Apa guna minum air dari machine canggih jika tidak diservis bukan?Beli coway kita bayar bulanan bukan untuk machine sahaja tetapi termasuk dengan servis pencucian machine dan penukaran filter oleh staff cody Coway.

Seperti kes saya hari ini,saya agak sangsi kerana tiada sebarang info servis di kad tersebut.Hendak bertanya lebih lanjut,entah dia faham atau tidak soalan saya,asyik menggangguk jawapan nya.Hendak "mengomel"lebih nanti dia kata cerewet saya pula.Jadi saya tulis disini,untuk jentikan kita bersama.Kelak kalau kita terjumpa machine coway di tempatkan untuk kegunaan awam,semak dulu kad servisnya


You May Also Like

2 comments

  1. Syu pun dah masuk tahun ke-3 guna coway di rumah sendiri dan rumah mak di kg. So far servis ok, cuma masa PKP haritu je la tergedala. Puashati dgn Coway

    ReplyDelete
  2. best pakai coway. after so long, we finally managed to get one too. Alhamdulillah.

    ReplyDelete


Terima kasih semua sudi datang dan sudi baca.
Terima kasih juga sudi membeli Coway dengan Irda.