Cerita Biha Berhenti makan gaji ,jual Coway

by - September 08, 2019

Tahniah!

itu sahaja nak ucap.



Biha ingin berniaga...tapi biha masih bekerja.. Biha ingin berniaga tapi biha masih sibuk dengan kerja isnin hingga jumaat.. tapi biha ada impian..walaupun ada pendapatan tetap..biha ingin tambahan pendapatan.

 jadi kerana coway adalah perniagaan tanpa modal.tanpa simpan stok dan tidak akan mengganggu kerja hariannya..jadi hari ini Biha sudah daftar sebagai ejen coway

Moga dengan usaha ini semua impian Biha tercapai.

Akak Irda doakan niat biha untuk dapat apa yang diidamkan dipermudahkan Allah.
Yang penting jalannya dari Allah..usahanya dari Biha..akak hanya perantara sahaja..jika ada usaha pasti ada hasilnya.Itu janji Allah kan.

First day biha datang WSO Ampang.Dengar penjelasan dr HM IDA

18May2019..simpan tarikh keramat ni .The day you register as health planner coway..Esok dah tercapai impian..ingat memori pertemuan hari ini sebagai pengukir senyuman.

siapa biha ini?irda pernah tulis tentangnya sebelum ini di blog.Boleh baca cerita biha di sini:

1)Entry February,2016: https://irdagarmin.blogspot.com/2016/02/kisah-nabihamy-banking-client-turn-to.html

2)Entry May,2018:https://irdagarmin.blogspot.com/2018/05/infak-melalui-penapis-air-coway.html

Kuasa tulis dan baca,dari sebuah tulisan suka-suka,tidak ku sangka hari ini Biha MEMANG benar-benar masuk dalam group Coway.Macam tak percaya,dari banking client-coway client kemudian team mate COWAY.Hebatnya percaturan ALLAH kan?

Biha senang diajar dan mahu belajar.

Ya ,setiap pertemuan dengan siapa sahaja di dunia ini,akak sedaya upaya jadikan customer sebagai sahabat.Dari situ wujudnya silaturrahim..dan insyaALLAH esok-esok pasti ada yang baik dari Allah .Oleh sebab tu layani siapa sahaja di dunia ini bagaikan kita mengenalinya sudah lama.
.
Baru join dpat 7 sales.:)tahniahh!


Walaupun baru daftar sebagai ejen Coway,dalam bulan yang sama,walaupun newbie Biha dapat 7 unit sales dalam masa tak sampai sebulan.Kemudian bulan seterusnya Biha terus berhenti dari kerja hakikinya dan sudah pastinya melepaskan gaji yang lumayan dan kerja yang lebih senang dari coway,Biha tinggalkan gaji tetap yang sudah pun lumayan untuk fulltime di Coway.Wahh..memang drastik sekali tindakan biha.

Kenapa irda katakan begitu?

Akak  setiap kali recruit orang tidak akan cerita semuanya wangi sahaja,,
Kerana Coway adalah sebuah perniagaan,ada ups and downnya.Bagi orang yang tidak tahan sakit  rasa kekecewaaan apabila kita berhadapan  dengan rejection,tidak dipandang, flyiers kita edar dibuang depan mata,orang pandang kita sebelah mata itu suasana biasa.

Hati yang tidak kuat menahan sepak terajang dunia perniagaan,pasti akan merana dalam dunia sales ini.Tetapi alah bisa tegal biasa,setiap yang pahit itu,bila ia berlalu pasti..akan ada manisnya.Kalau tidak manakan tidak orang lulusan ijazah juga ramai yang jual coway dan kaya raya semuanya.

Jadi akak setiap kali ajak orang jadi business partner,tidak akan sekali-kali menyuruh mereka untuk tinggalkan kerja mereka dulu .Akak aka suruh dia buat dulu dan rasa dulu..Sebab?Kita tidak mahu jadi orang yang hanya menyuruh tapi kalau dia give up tengah jalan,maka kita adalah leader yang loser sebenarnya,Biar dia sendiri tentukan apa mahunya,apa rancangannya,kita nasihat dan bimbing ,end up keputusan terserah pada empunya badan.

Dapat reward RM50 dari HM ida sempena first keyin in the month

.Dalam apajua business yang berbentuk seperti sistem piramid,orang atasan hanya boleh bagi tools,tolong apa yang patut,bagi motivation,dan beri training produk dan sebagainya.Hakikatnya kita juga yang berseorangan yang akan berhadapan setiap cabaran itu,kadang-kadang kita akan alone fighter..paling payah adalah melawan rasa down dalam diri.Bila kita downs,team mate dan surronding  kita hanya boleh bantu dengan kata-kata motivasi dan beri idea.

TETAPI untuk bangkit,kita sendiri,ya kita sendiri harus lakukannya.Jadi kalau jiwa kita tak kuat,hati kita tak kental..takut kita tak mampu bangkit nanti,dan kita menyalahkan orang lain.Apapun cabaran,kita harus nikmati"proses"nya.Turun naik,gembira kecewa itu memang lumrah dalam dunia berniaga..tetapi sekali kita rasa nikmatnya berniaga..pasti itulah saat manis yang tak mampu kita hurai dengan apa jua kata-kata.



.Bila kita dah lepas tahap susah payahnya..percayalah!kita adalah king pada diri kita sendiri,kita akan berjaya mengawal diri kita..dan kejayaan demi kejayaan akan datang.

Biha dalam proses itu sekarang..perjalannya baru bermula..dan akak nampak dia sedang cuba sedaya upaya melalui setiap proses itu demi satu satu.dan ternyata...biha memang bintang yang mudah digilap..Dia kuat,dia jiwa fighter..dia tak mudah mengalah..Semangatnya hebat..salute akak!

Setiap bulan belum pernah dia tiada sales.Sedangkan team leader dia ni pun krikkrki,Biha terus melangkah.Semangat juangnya yang tinggi buat akak kagum.Dan ternyata,ALLAH hadirkan Biha dalam team akak tepat pada waktunya disaat akak juga ready for next level as Manager di Coway.
Dah 5 tahun akak di Coway,belum terlintas untuk jadi manager.Tetapi tahun 2020 akak sasarkan jadi manager bukan semata-mata untuk dapat 5 angka sebulan,tetapi tiba masanya akak berfikir apa akak boleh sumbangkan pada society (global).Jika tidak mampu menyumbang pada skala besar,jadi leader yang memberi impak pada anak buahnya juga dengan harapan ia jadi ladang pahala dan harta dibawa ke akhirat kelak.


Setahunya akak,Biha tiada pengalaman buat sales sebelum ni.Biha kerja duduk dalam ofis berhawa dingin sebelum ni.Biha bukanlah orang yang suka pusing sana sini dalam berkata-kata macam orang jual minyak dalam pasar.Tetapi dalam coway,biha nampaknya ada jiwa untuk berniaga.Kerana jual coway tak perlu orang yang pandai berkata-kata pujuk orang macam beli insuranse,tetapi produk coway itu sendiri menjadi penarik buat pelanggan.

Mungkin kerana kegigihannnya untuk sentiasa bertanya.Kerajinanya menimba ilmu,merendah diri dalam team,dan dibantu dengan produk coway itu sendiri memang senang untuk dijual kerana orang sudah tahu apa itu coway,ternyata biha nampaknya semakin serasi dengan business ini.

Buat biha,
ujian tidak akan pernah berhenti selagi namanya hidup.Hari ini ujian itu begini,esok ujian itu begitu pula.Ternyata biha semakin kuat spiritualnya.Inilah tujuan perniagaan sebenarnya.Allah nak sangat kita berniaga bukan kerana ia janjikan kaya didalamnnya,tetapi kita akan lebih "close" dengaNya.

Keyakinan,rasa tawakal dan doa kita akan lebih panjang.Sebab ,kita tak tahu apa nasib kita bulan depan,makankah,ada duit kah..

Orang yang tidak makan gaji,tawakalnya harus lebih lagi,Dia hanya usaha,usaha dan usaha sahaja,dalam hatinya akan kuat menjerit"Takpa,takapa..ALLAH kan ada.Allah ada"

Bila dia dapat sales,dia syukur,Tak dapat dia sabar,dapat sedikit cukup,dapat banyak dia sedekah.

surah al-thalaq 65:3 YANG bermaksud " Dan sesiapa yang bertawakal kepada ALLAH,nescaya Allah akan mencukupkan(keperluannya)"

Rasullullah juga pernah bersabda " Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakal,maka ALLAH memberikan rezeki kepadamu sebagaimana ALLAH memberikan rezeki pada burung.Pagi-pagi burung keluar dari sarang dalam kelaparan dan petang hari pulang ke sarang dalam kekenyangan"

Tahniah Biha,
Biha dah mula bertudung ,Wahh biha makin manis jadinya..Akak kagum dan rasa terharu..Alhamdulilah.

Harapnya coway adalah salah satu percubaan perniagaan yang kena dengan jiwa biha.Kalau berniaga lain,untung belum tentu,modalnya sudah berapa.Duit keluarnya dalam setahun pun belum tentu ada profitnya,tetapi coway dengan hanya modal RM120.kena dengan caranya,maka jutawanlah kita..aaaminnn

Sekarang biha dah pakai tudung/Gambar official akan berubah tak lama lagi

Moga biha sentiasa bersinar dalam coway dan berjaya capai impian Biha.Ya ALLAH ya rahman,permudahkan urusan adik teammate ku ini,bahagiakan hidupnya,jadikan dia sukses dalam coway dan mampu memberikan yang terbaik buat keluargannya,ibu bapanya yang utama.

aamin....


Kak Irda,
Your future Health Manager :)
8 September 2019.

You May Also Like

2 comments


Terima kasih semua sudi datang dan sudi baca.
Terima kasih juga sudi membeli Coway dengan Irda.